Thursday, July 8, 2010

Mengatasi Masaalah Glaukuma (GLAUCOMA)

LANGKAH-LANGKAH DALAM MENGHADAPI  MASAALAH GLAUKOMA (Glaucoma)

  • Memberikan kawalan terhadap glaukoma dengan memakan ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor mata. Bagaimanapun rawatan dengan ubat ini akan hanya berkesan jika pesakit patuh kepada jadual rawatan yang diberi oleh doktor mata.
  • Anda terlibat dalam rawatan penyakit selanjutnya.
  • Jangan berhenti memakan ubat tanpa rundingan terlebih dahulu dengan doktor mata anda.
  • Anda harus mengetahui ubat yang anda gunakan.  Adalah mustahak untuk anda selalu memberitahu semua doktor merawat anda berkenaan ubat mata yang anda gunakan.


JIKA ANDA TIDAK MENGETAHUI ANDA SEDANG MENGHIDAPI GLAUKOMA
 
  • Kebutaan boleh dicegah dan glaukoma berlaku dalam diam.
  • Jalani pemereksaan mata secara berkala jika anda berusia 40 tahun keatas setiap 2 bulan untuk mengesan glaukoma.
  • Minta nasihat doktor mata apabila terdapat kekurangan penglihatan atau sakit yang berulang atau apabila ada sebarang gejala yang telah dibincangkan dalam rencana yang dipaparkan ini.
 
 
 
 
 
 
BERTINDAK SEGERA ADALAH LEBIH BAIK SUPAYA ANDA TIDAK KECIWA KEMUDIAN HARI.
 
**
((*))
 
 

Sunday, March 21, 2010

Click here to get 1 Million Guaranteed Real Visitors, FREE!





VITAMIN A


Vitamin ini mempunyai dua (2) fungsi yang penting :~
  • Ia diperlukan untuk pembinaan Pigmen Rodopsin di dalam rod MATA dan
  • Ia penting untuk kesihatan Tisu Epitelium.

Kekurangan vitamin ini boleh menyebabkan Rabun Malam  dan Xeroftalmia.

Sumber vitamin ini :~
  • Hati Ikan
  • Keju
  • Sayur-Sayuran dan Buah-Buahan berwarna kuning, jingga atau merah.
Buah-buahan yang berwarna ini mengandungi pigmen KAROTEN yang dapat ditukarkan kepada
VITAMIN A  oleh hati.

Saturday, March 20, 2010






SUMBER BETA KAROTEN (VITAMIN A):
BAIK UNTOK MATA.

Lobak merah boleh dimakan mentah atau dimasak dengan pelbagai cara.  Kaya dengan sumber BETA KAROTEN (VITAMIN A) yang baik untok MATA, membantu penglihatan terutamanya ditempat gelap.








VITAMIN B12


VITAMIN ini berperanan dalam mencegah kerosakan MATA.  Apabila mata terkena debu atau asap, selaput milin yang mengelilingi saraf optik akan tercedera. VITAMIN ini penting disini kerana ia dapat membantu merawat kecederaan yang tercedera..

Thursday, March 18, 2010




OTOT-OTOT BERGERAK DI SEKELILING MATA


 Ada kah OTOT-OTOT yang bergerak di sekeliling MATA disebabkan TEKANAN??


Pergerakan OTOT-OTOT di sekeliling MATA boleh menimbulkan kemarahan dan boleh memberikan TEKANAN JIWA kepada pengidapnya.  Sebab-sebab utamanya ialah kekurangan MAGNESIUM dalam makanan.  Kekurangan MAGNESIUM boleh juga menyebabkan KEJANG URAT di kaki.  Jika kekurangan MAGNESIUM ini cukup besar kemungkinan ia akan membawa kepada masaalah JANTUNG.  Dengan mencuba mengambil permakanan tambahan MAGNESIUM pasti OTOT-OTOT yang bergerak di sekeliling mata akan sembuh dan hilang.